Seingat saya, memori saya bermula ketika saya berumur empat atau lima tahun. Apa yang saya ingat, saya serta abang menuruni tangga dan terus ke tingkat bawah blok. Kemudian saya berkenalan dengan dua anak kecil, kedua-duanya merupakan adik beradik. Mereka tinggal bersebelahan dengan blok kami. Yang paling tua berumur sepuluh tahun juga seorang kanak-kanak perempuan, kedua lelaki dan berumur tujuh tahun. Berikut merupakan dialog yang samar-samar didalam benak pemikiran saya. =)
Saya: Abang pa’an, tu sape??(ceyh dulu yela panggil abang,, skarang??)
Farhan : Entah!!
Saya: Jom! G main ngan dyowang sekali nak?
Farhan: Buat ape? Bukan kenal pon..
Perasan akan kelakuan kami, kedua-dua adik beradik itu pun datang ke arah kami. Salah seorang daripada mereka bersuara, “Eyh, awak duduk sini ea??”(xla, sy xduduk sy tonggeng jewk! Huhu, budak kecik).. “A’ah, kite duduk kat blok nih, tingkat tige. Awak?” Kata abang, “Name awk sape??” sambungnya. “Name kite Alia.” “Awak pulak.” Aku memberanikan diri bertanyakan pada budak lelaki yang sedari tadi tersenyum.(mungkin teruja bkenalan ngan artis cam kteowang! Haha~)
"Name kite Azuan."
Bermula dari saat itu, kami berdua sudah kerap meluangkan masa setiap petang bermain bersama mereka. Hari demi hari, kenalan kami semakin ramai. Tidak kejar-kejar, kami akan bermain “A.E.I.O.U STOP!”(haha,, ade jewk yang begado.) Ada ketika kami bermain “pondok-pondok”, pasir pun boleh menjadi permainan kami, sehinggakan ada dikalangan kami yang terkena penyakit.(kudis, kate akak dy nampak budak ney amek daun aloe vera then sapu kat kaki dy,, haha.. at least die tau gunekan n hargai kelebihan yang Tuhan bagi.) Satu hari kami mendapat berita yang Abah ingin mengadakan kelas karate, kami teruja dan apabila tiba hari latihan yang ada cuma Farouq, Faiq,(due ketul niyh adek-bradek), Amirul, dan Rafique. Selang beberapa bulan kelas karate itu mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Semakin ramai anak-anak PULAPOL yang menghadiri kelas itu, bermula dari kelas itulah kami menambah kenalan. Tapi sayang, saya berhenti pada ketika saya berumur enam tahun. Sya membuat keputusan seperti itu kerana kelas karate diadakan setiap hari minggu bermula jam 0800 sehingga jam 1200. Ketika itu saya lebih sayangkan waktu tidur saya, sewaktu saya melangkahkan kaki ke darjah satu, abang saya sudah mempunyai tali pinggang kuning. Cemburu akan kemajuan abang, saya masuk semula ke kelas itu. Bangun seawall jam 0700, kami bersiap-siaga dan berkumpul dibawah blok menanti rakan-rakan yang lain. Kami pergi menaiki basikal, saya membonceng manakala abang menunggang basikal uzur Abang Nasrul. Alangkah indahnya saat itu……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan